Home Dunia Pangkalan tentera AS di Baghdad dibedil lagi

Pangkalan tentera AS di Baghdad dibedil lagi

US-Iran-640x320
Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad. foto Agensi

BAGHDAD -Pangkalan tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad dihujani beberapa letupan pada awal hari Ahad akibat serangan roket, kata seorang pegawai tentera AS.

Serangan roket itu didakwa Washington dilakukan oleh pemberontak yang disokong Iran dipercayai mahu membedil kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di sebelah pangkalan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada serangan itu mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts