KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan kenyataan viral tentang kes Covid-19 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ko Kuang, Skudai, Johor.
Menurutnya, berita tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Sehubungan itu orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.
Jabatan Kesihatan itu mengingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga denda selanjutnya RM1000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan. – MalaysiaGazette