Home Nasional 3 bengkel, sebuah restoran musnah dijilat api

3 bengkel, sebuah restoran musnah dijilat api

Anggota bomba memeriksa kesan kebakaran bengkel di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak di sini hari ini. Gambar Ihsan: JBPM

KUALA LUMPUR – Tiga buah bengkel dan sebuah restoran musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 2.26 petang.

Katanya, seramai 50 anggota bersama empat buah jentera dihantar ke lokasi untuk memadamkan api.

Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya tidak dapat mengawal api yang telah menjilat keseluruhan bengkel tersebut.

“Kemusahan kebakaran bengkel dianggarkan 100 peratus dan restoran dianggarkan terbakar 15 peratus,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah jurucakap itu lagi, bomba dapat mengawal api daripada merebak ke premis lain dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut dan punca kejadian masih lagi disiasat. – MalayisGazette