Home Dunia Harga minyak Arab Saudi naik, dikaji semula setiap bulan

Harga minyak Arab Saudi naik, dikaji semula setiap bulan

RIYADH – Syarikat petroleum, Saudi Aramco menaikkan harga minyak di Arab Saudi semalam, lapor agensi berita, Saudi Press Agency (SPA).

Harga Gasoline 91 ditetapkan pada SR1.55 seliter berbanding SR1.50 seliter pada suku sebelum ini, manakala harga Gasoline 95 dijual pada SR2.11 selitar berbanding SR2.05 seliter.

Bermula Februari 2020, harga minyak akan ditentukan pada 10 haribulan pada setiap bulan, berbading penetapannya dilakukan secara sukuan.

Harga baharu minyak akan berkuatkuasa keesokan hari. Menurut Saudi Aramco, penetapan harga itu selari dengan prosedur tadbir urus penyelarasan produk tenaga dan air yang telah diluluskan itu.

Harga minyak di negara tersebut dikaitkan dengan harga eksport pasaran dunia. Oleh itu, harga komoditi tersebut akan turun naik mengikut perubahan di pasaran antarabangsa, kata syarikat tersebut. – Agensi