KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman tidak faham dengan tindakan penyanyi Aishah yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya.
Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menegaskan, penyanyi Janji Manismu masih lagi mengungkit sedangkan semua kemahuan Aishah sudah dituruti.
“Aduhaiii kau nak apa lagi wahai hamba Allah. Kes dah tutup dah settle. Apa yang kau nak semua aku dah bagi.
“Aku suruh kau pilih sendiri sampai kau puas hati. Ikut kendak.. Macam mana yang kau nak. Berlian sebiji sebiji tak pernah dibuat orang. Kalau orang lain la..
“Aku rasa..kalau dah org bagi pilih.. PILIHLA perhiasan yg bole pakai.
ni..PILIH BERLIAN 1 BIJI 1 BIJI 1 KARAT.
“ADA TAK TOKe KEDAI BERLIAN 1 dunia ni bg BERLIAN LOOSE? Sekali cincin suami . aku bayar , aku turutkan saja janji kau puas hati . Janji aku boleh berbisnes dengan tenang dan semoga ada hikmah..
“Tetibe? Ungkit balik. nak apa lagi? tak cukup lagi? Tak puah hati APO? AKU PULA KENA KEJI TAK HABIS HABIS.. KO DA DAPAT APA KO NAK kan..,” tulisnya di Instagram di sini hari ini
Sebelum ini, Vida menempelak Aishah yang cuba masuk campur dalam isu tindakan saman beliau ke atas pengacara Azwan Ali.
Usahawan itu menegaskan, kes penyanyi Janji Manismu itu berbeza dengan Azwan kerana Aishah disifatkan terhegeh-hegeh mahu harta.
Vida turut memuatnaik artikel di blog yang memetik kenyataan Aishah yang berbunyi ‘permohonan maaf diperlekehkan, rasa terhinakan?’ sambil mengecam penyanyi senior itu.
Aishah sebelum ini terkejut dengan cara Vida membuat sidang media berhubung penyerahan barang kemas dan berlian.
Jutawan kosmetik itu turut menyelitkan ‘drama’ apabila Vida dilihat menyuap produk makanan keluaran anaknya berintikan hadiah berlian. – MalaysiaGazette
Untunglah menjadi jutawan kosmetik. Tapi jangan lupa membuat hibah perniagaan. Hibah perniagaan ialah satu cara memindahkan hak milik saham kepada waris-waris tanpa melalui proses hukum faraid. Untuk lanjut sila klik Pakar Hibah di bawah ini.