AMPANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin malam ini melahirkan rasa sedih apabila ada pihak tertentu masih memilih untuk turun ke jalanan biar pun Pakatan Harapan telah pun menjadi kerajaan.
Beliau juga menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai kegagalan pihak tersebut untuk bersikap sebagai kerajaan yang sedang memerintah.
“Tidak mengapa. Ini ada dunia demokrasi, sesiapa pun boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
“Tetapi sedih untuk melihat walaupun kita telah menjadi kerajaan, kita masih lagi mahu turun ke jalanan.
“Nampaknya mereka masih lagi tidak boleh bersikap seperti kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui wartawan selepas sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarbangsa di sini, malam ini.
Naib Presiden PKR itu ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Selayang yang juga Bendahari PKR William Leong ketika berucap dalam Program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform.
Willian berkata, sekarang adalah masa untuk menggunakan “pelan B” bagi memastikan presiden parti itu yang juga ahli Parlimen Port Dickson diangkat sebagai perdana menteri ke-8.
“Ini masa untuk pelan B dijalankan. Suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan supaya kerajaan kembali kepada landasan.
“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya dalam program yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
buat malu je terpaksa ada pelan a b c bagai. buat pelan tukar pm ni sama lah kita buat pelan air asia mendarat di klia. tak ada pelan pun dia mendarat juga. tapi kita nak tunjuk pada dunia yang kita ini senenar nya b o d o h. kakakakakaka.
Itu menunjukkan penyokong n kerajaan sekarang terlampau cerdik x blh di contohi
Nsmpak sangat pusk2 gila kuasa dan kedudikan. Kau yang sda plan a .. b .. c ddn seterusnya hanya pentingksn diri.
Apa sebab hanya hajat Nuar kau nak turun jalan dam huri hara.
Bangsat kau semua. Ksu yang nsk turun kejalanan hsnya keledsi bodoh sutuhan orang