CYBERJAYA- Kerajaan tidak mampu untuk mengganti balik kerugian yang dialami oleh para peniaga akibat penularan wabak Covid-19.
Tambahan pula, ianya adalah sebahagian daripada risiko perniagaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika ditanyakan soalan mengenai aduan peniaga mengenai tidak banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada peniaga untuk berhadapan dengan kesan wabak tersebut.