LONDON – Dua juruterbang Etihad dipuji kerana membuat pendaratan yang menakjubkan ketika taufan Dennis melanda Lapangan Terbang Heathrow di London.
Video pendaratan agak menegak itu dirakamkan pada Sabtu lalu telah menjadi viral.
Pesawat Airbus 380 itu dilihat menggunakan teknik ‘crab landing’ – yang menyaksikan kapal terbang tersebut menyengget ke landasan ketika kedua-dua juruterbang melakukan pendaratan.
Juruterbang berkenaan kelihatan meredah angin sebelum pesawat itu berjaya mendarat di atas landasan.
Ketika pendaratan itu, angin dilaporkan bertiup selaju 80 kilometer sejam di lapangan terbang tersebut.
Angin kuat itu memaksa beberapa lapangan terbang di Britain menangguhkan jadual penerbangan.
Setakat ini identiti kedua-dua juruterbang itu belum dikenal pasti.
Etihad Airways yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu mengesahkan pesawat berkenaan dari Abu Dhabi ke London. – MalaysiaGazette