BEIJING – Pengarah sebuah hospital di Wuhan meninggal dunia akibat Covid-19.
Liu Zhiming, Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, meninggal dunia pada 10.30 pagi.
Awal bulan ini, berjuta-juta warga China sedih kerana kematian Li Wenliang, seorang doktor yang merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti virus maut itu.
Beliau pernah dikenakan tindakan kerana memberi amaran awal tentang serangan wabak itu.
Berpuluh-puluh ribu kakitangan perubatan kini sedang bergelut untuk menangani wabak Covid-19, yang dipercayai berpunca daripada pasaran makanan laut di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei. – MalaysiaGazette