Home Nasional Remaja lemas semasa mandi-manda

Remaja lemas semasa mandi-manda

fa62a83246aa2f2a8401bb96015ecb745e4bf4e2c9dab-640x400

JERTIH – Kegembiraan sekumpulan 29 remaja bercuti di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Hulu Besut berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas ketika bermandi-manda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, 11 anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.50 petang

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang semasa Wan Amirul Nain Wan Abdul, 18, yang berasal dari Pulai Chondong, Kelantan mandi di bahagian sungai yang agak dalam.

“Mayat Wan Amirul ditemui pada kira-kira pukul 5.00 petang di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jarak kira-kira empat meter dari tempat dia dikatakan lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts