Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya yang akan meletakkan jawatan selepas berakhirnya APEC 2020 hujung tahun ini.
“Apa pun keputusannya, saya tetap akan meletakkan jawatan. Saya sudah kata akan letak jawatan selepas APEC 2020,” ulangnya sekali lagi ketika sidang media hari ini.
Itu respon Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu ketika ditanya mengenai isu peralihan kuasanya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah Mahathir, beliau tidak akan membawa isu peralihan kuasa pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat ini.
Tahniah Tun, anda seorang pemimpin yang hebat.
Di minta untuk peganag Pen, bukan bekerja angkat batu, tak akan tak larat sampai habis penggal.