Home Seni Hidup Ali Puteh ‘naik angin’ dengan Aliff Syukri

Ali Puteh ‘naik angin’ dengan Aliff Syukri

Sebahagian daripada tangkap layar media sosial Datuk Aliff Syukri ketika melawat keluarga Allahyarham Abam hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Aliff Syukri hari ini telah menziarahi keluarga pelawak, Allahyarham Abam namun nampaknya lawatan itu menimbulkan kemarahan Ali Puteh.

Ali yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam itu naik angin apabila memuatnaik status seperti tidak berpuashati dengan siaran live yang dilakukan oleh jutawan kosmetik itu ketika melawat balu arwah, Noor Hidayah.

Kemudiannya Ali menulis lagi: “Aliff Syukri aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya ambil kesempatan,” tulisnya dalam Instagram (IG) miliknya hari ini.

Ali juga menulis dalam hantaran Aliff di IG berbunyi; “Demi Youtube kekayaan yang kau kejar tapi adab agama kau langgar, mak..Angah akan cari dia mak!”

Bagaimanapun, Ali telah memadam semula muat naiknya berkenaan balu arwah Abam dipercayai selepas ditenangkan oleh Achey dan Mamak Puteh.

Syed Ali Mubarak atau lebih dikenali Ali Puteh.

Bagaimanapun punca sebenar kemarahan Ali masih belum diketahui manakala Aliff pun belum membuat sebarang komen mengenainya.

Dalam lawatan itu, Aliff telah ‘menemubual’ Hidayah dan ahli keluarga Abam sambil memberikan bantuan wang ringgit tetapi dalam masa yang sama mempromosi siaran itu kepada para pengikutnya di media sosial.

Jutawan kosmetik itu turut bertanya tentang harta Allahyarham serta beberapa soalan sehingga menimbulkan kemarahan warga maya yang meninggalkan pelbagai komen di Instagram Aliff.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi pada 10 Februari lalu dipercayai akibat demam panas.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Konsep yang Aliff Syukri cuba buat seperti rancangan “Bersama Mu” – TV3. Tapi cara dan percakapannya dianggap tidak kena dengan situasi persekitaran.

  2. celaka punya manusia ni..ko nak bagi derma; bagi jer la..yg ko sibuk interview bagai & viralkan hal keluarga org lain apa hal?? aku doakan bisnes ko telingkup lah sial tak de hati perut punya manusia

Comments are closed.