Seramai 107 rakyat Malaysia dan keluarga yang dibawa balik dari Wuhan pada 4 Febuari lalu disahkan negatif Covid-19 dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mereka dibenarkan pulang selepas ujian dijalankan sebanyak dua kali dan melepasi tempoh pemantauan di pusat pengawasan selama 14 hari.
“Mereka yang dibenarkan pulang hari ini termasuklah dua kes yang sebelum ini positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban iaitu kes yang ke-11 dan ke-12,” katanya ketika sidang media perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.