
TOKYO – Dua penumpang warga emas kapal persiaran, Diamond Princess yang dijangkiti COVID-19 (koronavirus) meninggal dunia, kata sumber kerajaan.
Ia merupakan kematian pertama dari kapal yang berlabuh di pelabuhan Yokohama.
Mangsa merupakan seorang lelaki dan seorang wanita yang berumur dalam lingkuan 80-an, lapor lapor The Japan Times yang memetik agensi berita, Kyodo..
Tiada maklumat lanjut diperolehi.
Sementara itu, bandar Fukuoka mengesahkan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 60-an yang tinggal di bandar itu didapati positif koronavirus selepas ujian dilakukan ke atasnya.
Ia merupakan kes pertama yang disahkan di Kyusu. – Agensi