Home Seni Hidup Aiman dan Zahirah sah bergelar suami isteri

Aiman dan Zahirah sah bergelar suami isteri

KUALA LUMPUR – Pelakon Aiman Hakim Ridza,31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara semalam.

Kedua-dua pasangan sejoli itu dinikahkan bapa kandung Zahirah iaitu Zainol Macwilson.

Zahirah menerima mas kahwin RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis pernikahan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga pasangan itu, pihak pengurusan, teman rapat dan rakan media.

Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan malam ini di lokasi sama.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan berkenalan.

Majlis Malam Berinai Zahirah yang berlangsung Rabu menjadi perhatian di media sosial dengan rata-rata memuji kecantikannya yang diibaratkan persis bintang Bollywood.- MalaysiaGazette