Home Dunia Covid-19: 889 kes jangkitan baru

Covid-19: 889 kes jangkitan baru

BEIJING – Tanah Besar China menyaksikan pertambahan 889 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, jumlah itu adalah kenaikan berbanding 395 kes sehari sebelumnya.

Dengan peningkatan itu, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang disahkan di China sebanyak 75,465.

Manakala kes kematian akibat wabak itu mencecah 2,236 kes semalam, meningkat sebanyak 118 kes berbanding hari sebelumnya.

Hubei yang menjadi lokasi punca wabak pula merekodkan 115 kematian baru dengan ibu negeri itu, Wuhan mencatatkan 99 kes kematian. – MalaysiaGazette