SYDNEY – Dua maut selepas sebuah kereta api ekspres dari Sydney ke Melbourne tergelincir dekat Wallan, ibu kota Victoria.
Salah seorang yang maut itu adalah pemandu kereta api.
Beberapa penumpang pula mengalami kecederaan dan seorang penumpang dibawa dengan helikopter ke sebuah hospital di Melbourne.
Kemalangan itu menyebabkan gerabak kereta api terkeluar dari landasan.
Setakat ini punca nahas belum diketahui.
Kereta api itu dilaporkan membawa 160 penumpang dan lima kru ketika meninggalkan stesen pada pukul 7.50 malam waktu tempatan pada hari Khamis, kira-kira 45km (28 batu) menghala ke utara Melbourne.
Ia merupakan perkhidmatan jarak jauh utama antara Melbourne dan Sydney.
Seorang penumpang, Rob Jennings memberitahu The Sydney Morning Herald, para penumpang tergolek di dalam pengangkutan itu sekitar satu minit ketika nahas berlaku.
“Penumpang tergolek….ada yang menjerit…ada yang terkedu…ada yang dalam posisi menahan diri,” katanya. – MalaysiaGazette