Home Utama LTTE: Imej Jabatan Peguam Negara, polis, kerajaan tercalar

LTTE: Imej Jabatan Peguam Negara, polis, kerajaan tercalar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran (kiri) bersama tiga lelaki lain ketika keluar dari Mahkamah Sesyen atas dakwaan baharu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Kompleks Mahkamah Duta Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 31 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Tindakan Peguam Negara menghentikan prosiding terhadap 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan memberi implikasi besar.

Implikasi itu membabitkan kewibawaan Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan imej kerajaan.

Pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, tertuduh-tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019 dan kertas pertuduhan dirangka dan pendakwaan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

“Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan?

“Dan, jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini?,” soalnya.

Tambahnya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyebut polis mempunyai bukti kukuh menahan 12 tertuduh.

Mengikut Ayob, ada antara tertuduh yang merancang menyerang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur dan ada transaksi kewangan yang besar, tetapi kenyataan Peguam Negara langsung tidak menyebut aspek-aspek ini.

Ujarnya, keputusan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Peguam Negara hari ini sudah pasti akan digunakan balik oleh sebahagian daripada mereka yang telah pernah atau sedang ditahan di bawah Pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA untuk menuntut pembebasan mereka dan untuk menuntut gantirugi, yang jumlahnya pastinya bukan sedikit, akibat daripada pihak kerajaan di atas dakwaan penahanan secara salah.

Ia juga sudah pasti akan menyukarkan cubaan untuk menahan dan mendakwa di bawah SOSMA pada masa hadapan.

Beliau kemudian menimbulkan persoalan apakah pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini, termasuk dua daripadanya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri DAP memberi kemenangan untuk DAP.

“Belum pasti, kalaupun bukan jauh sekali,” katanya. – MalaysiaGazette

Peguam Negara tamatkan prosiding jenayah terhadap 12 individu sokong LTTE

6 Komen

  1. yang kena tangkap tu Parya sama kasta dengan dia. munkin bawah sikit chaklee sebab tu dia lepas walaupon ada bukti kata KPN dan Ayob

    • Tak kan tak perasan siapa yg ada bersama tertuduh – khususnya di mahkamah .

      Mereka tu dari kumpulan mana yer……diantaranya yg boleh kita nampak dlm gambar or video clip media sosial – Apek LKS, Menteri Buruh, beberapa MPs dll.

  2. Lbh baik aku nasiht kpd pm supya tendang AGc yg bodoh ni…jgn simpan lg org mcn ni nnti rosak ngra ..ko sama bngsa dgn dia , dan puak2 dap ko ckp tak ada bukti ya..ko tggu lh ya, jtuh krjaan bodoh ni..aku nk tgok pguam tu blh hdp selesa tak..so rakyat sdgn memehati tindak tanduk pguam yg tak cerdik n perkauman ni..pm yg slh dlm hl ini sbb lantik pguam ngra yg tak berapa cerdit..

Comments are closed.