KUALA LUMPUYR – Majlis Presiden Pakatan Harapan wajar memutuskan tarikh dan pelan peralihan kuasa Perdana Menteri dengan jelas.
Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam berkata, tindakan kepimpinan kerajaan yang berterusan membiarkan isu pelan peralihan kuasa akan menyebabkan ketidak stabilan dalam kerajaan.
“Pembangkang akan terus menggunakan isu ini yang seterusnya menghilangkan fokus kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan untuk membawa negara ke landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini
Menurutnya, ia juga memastikan kestabilan dalam kalangan gabungan komponen parti dalam Pakatan Harapan
Satu pelan peralihan kuasa yang jelas dapat menenangkan ahli-ahli dalam parti komponen Pakatan Harapan daripada terus bercakaran dan saling menyerang, seterusnya mengutuhkan lagi gabungan ini.
Pendirian itu juga bagi meyakinkan pelabur untuk terus melabur di Malaysia kerana sebarang ketidak pastian dalam pelan peralihan kuasa akan menyebabkan pelabur luar kurang keyakinan untuk terus melabur dalam negara, seterusnya mampu memberi impak kepada persekitaran ekonomi negara.
Malah, katanya, Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan juga menggesa pindaan terhadap Perlembagaan Pakatan Harapan dengan memaksimakan partisipasi komponen Pemuda Pakatan Harapan iaiatu dengan menjadikan ketua pemuda dari setiap parti komponen adalah sebagai korum mesyuarat dalam membincangkan dan menentukan halatuju Pakatan Harapan pada masa akan datang. – MalaysiaGazette