Home Dunia Otak manusia dirampas dalam trak mel

Otak manusia dirampas dalam trak mel

Otak manusia yang ditemui kastam dalam pemeriksaan di sempadan AS-Kanada.

WASHINGTON -Kastam Amerika Syarikat (AS) menemui otak manusia semasa melakukan pemeriksaan dalam sebuah trak mel Kanada.

Penemuan luar biasa itu berlaku di persimpangan Blue Water Bridge, antara Michigan dan wilayah Kanada Ontario, pada 14 Februari lalu, kata Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP).

Otak manusia itu berada di dalam sebuah kiriman yang diberi label “Antique Teaching Specimen”.

Penghantaran itu dari Toronto dan akan dihantar ke Kenosha, Wisconsin.

“Apabila membuka kiriman itu, pegawai kastam, mendapati  bungkusan tersebut mengandungi spesimen otak manusia yang diletakkan di dalam balang kaca tanpa kertas atau dokumentasi untuk menyokong kemasukannya yang sah ke Amerika Syarikat,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pengarah pelabuhan kastam, Michael Fox berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS menetapkan peraturan ketat mengenai permit untuk mengimport penghantaran “seperti ini”.

Pakar pertanian kastam kini sedang mendapatkan nasihat daripada CDC mengenai peraturan yang berkaitan dengan “agen biologi yang berjangkit, bahan berjangkit dan vektor untuk pelupusan spesimen” itu.

Ini bukan kali pertama spesimen seumpama itu ditemui kerana pada tahun 2014, Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles merampas 67 gergasi siput gergasi Afrika, dalam perjalanan dari Nigeria ke California.

Siput yang dilarang kemasukannya di AS, kemudian dibakar kerana ia boleh membawa parasit yang berbahaya.

Pada tahun 2006, lapan tan fosil prasejarah – termasuk telur dinosaur – yang disyaki diseludup dari Argentina berikutan serbuan pada pertunjukan fosil di Arizona. – MalaysiaGazette