Home Nasional Permohonan UPUOnline mulai 24 Febuari

Permohonan UPUOnline mulai 24 Febuari

JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar ke 20 di Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan, Guru (IPG), Kolej Matrikualsi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan empat Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka mulai 24 Februari 2020 ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, permohonan menerusi sistem UPUOnline itu akan bermula 12 tengah hari di capaian http://upu.moe.gov.my.

Pemohon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM dan STPM diumumkan.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi lepasan SPM manakala 07 April 2020 jam 11.59 malam bagi Lepasan STPM atau yang setaraf.

Kata kementerian itu, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari 2020 sebelum mengemukakan permohonan.

“Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac 2020 bagi Lepasan SPM manakala 06 April 2020 bagi Lepasan STPM atau yang setaraf,” katanya kenyataan itu. – MalaysiaGazette