Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peralihan kuasa akan selesai apabila tiba tempoh masanya.
Malah tegasnya, perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada perjanjian yang telah dipersetujui dan fokus utama kini adalah memberi perhatian terhadap langkah meningkatkan tahap ekonomi.
“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) telah berkata selepas perbincangan saya dengannya bahawa ia akan melepaskan jawatan selepas persidangan APEC.
“Jadi, kita akan berurusan dengan itu dan saya tidak fikir sesiapa sahaja perlu diletakkan di bawah tekanan. Baik saya atau Tun Mahathir.
Terbaik. Tentu yang pro BN akan meroyan