Home Nasional Zed Zaidi antara empat didakwa di mahkamah berkaitan kenyataan Covid-19

Zed Zaidi antara empat didakwa di mahkamah berkaitan kenyataan Covid-19

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (kiri) ditemani peguamnya semasa hadir di Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR — Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil hari ini adalah antara empat individu didakwa di mahkamah di sini kerana membuat kenyataan berhubung COVID-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.

Pada 31 Jan lalu, Presiden Seniman itu, yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus di Cyberjaya.

Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuatnaik  menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Berita selanjutnya selepas ini.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Krjaan ph nk ckp bodoh mcn tak bodoh, tapi realiti nya mcn bodoh..bnda mcn tu ko ambil serius. Tapi perkara2 yg lbh ptg ko wat dok je…tak pyh lh buat kja2 yg bolh org lain gelak dgn krjaan ph ni..cuba lh fokus pd perkara2 yg lbh ptg lg…rasa2 nya plu lh krjaan ph lari lh or bubar parlimen utk pilihan raya smula..sbb tak lyk puak2 ph ni jadi krjaan, tambah huru hara ada ngra ni sbb kn puak2 yg tak tahu apa kerja masing2 dah msuk tahun ke 2 n 3 dah jadi krjaan, tapi bodoh lg pasa tugasan msing2..

Comments are closed.