BEIJING – China mengesahkan sebanyak 397 kes jangkitan coronavirus baru pada 21 Februari, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada hari ini, susut daripada 889 kes pada hari Jumaat.
Angka terkini itu menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini kepada 76,288.
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus itu di China telah mencecah 2,345 kes setakat 21 Februari.
Wilayah pusat Hubei, pusat wabak itu, melaporkan 109 kematian baru, manakala di ibu kota Wuhan, 90 orang meninggal dunia. – MalaysiaGazette
WHO warning: World Health Organization director general Tedros Adhanom Ghebreyesus said the window of opportunity to contain the virus is “narrowing” and called on countries to prepare for community transmission.