Home Nasional GPS dijangka bincang agenda penting di KL

GPS dijangka bincang agenda penting di KL

Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dijangka bertemu barisan Ahli Parlimen terbabit di sebuah hotel di Kuala Lumpur, petang ini.

BH Online melaporkan, seorang Ahli Parlimen GPS yang enggan namanya disiarkan, ketika dihubungi mengaku ada agenda penting yang akan dibincangkan.

Beliau bagaimanapun enggan menjelas lanjut.

“Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam maksudnya, namun mudah untuk anda fahami dan tafsir,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Ahli Parlimen GPS dikatakan diarah supaya ‘bersedia’, malah difahamkan mereka diminta menyediakan songkok dan pakaian sut pula, beliau enggan menjelaskan perkara itu.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Abang Johari berkata, perjumpaan berkenaan hanya mesyuarat rutin menjelang persidangan Dewan Rakyat.

“Ini biasa (perjumpaan) dilakukan oleh Ketua Menteri setiap kali sebelum Ahli Parlimen GPS menghadiri persidangan,” katanya ringkas.

GPS mempunyai 19 kerusi di Dewan Rakyat dengan Ketua Whip disandang Datuk Seri Fadillah Yusof.

Daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) – tiga; Parti Demokratik Progresif (PDP) – dua; dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – MalaysiaGazette