Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang diPertuan Agong di Istana Negara petang ini. Beliau berkata, Presiden UMNO itu pergi ke istana bersama beberapa pemimpin yang lain.
“Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab saya tak tahu kerana yang pastinya Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memberikan mandat kepada Presiden UMNO untuk mengambil apa-apa tindakan berdasarkan kepentingan negara,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.