ISTANBUL – Sembilan orang terbunuh dan banyak bangunan runtuh di selatan Turki selepas gempa bumi kuat dengan 5.7 magnitud.
Mereka yang terbunuh terdiri daripada tiga kanak-kanak manakala 50 orang lagi dilapor kritikal, menurut Kementerian Kesihatan.
Bencana alam itu mencederakan lebih 100 orang di perkampungan dan bandar sempadan Iran itu.
Pihak berkuasa berkata, lebih 1,000 buah bangunan runtuh di Turki, menyebabkan operasi menyelamatkan giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Gempa itu merosakkan bangunan-bangunan yang terletak kira-kira 90 km (56 batu) di barat di bandar Van Turki dan di berpuluh-puluh kampung di Iran.
Terdapat beberapa gempa susulan termasuk gegaran yang lebih besar berukuran 6.0 magnitud 10 jam kemudian.
Namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kematian akibat gempa itu.
Iran dan Turki adalah antara negara yang paling kerap mengalami gempa bumi di dunia. – MalaysiaGazette