Home Nasional Guan Eng, Mat Sabu ada di PMO

Guan Eng, Mat Sabu ada di PMO

Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) sudah berada di Pejabat Perdana Menteri (PMO), sejak awal pagi tadi.

Antara yang sudah berada di PMO adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Ia bagi menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat dijadualkan akan diadakan jam 11 pagi ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berada di PMO, hari ini. – MalaysiaGazette