KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat darti parti berkuatkuasa serta merta.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian selepas mesyuarat tergempar PKR di Ibupejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, Mohamed Azmin dan Zuraida boleh mengikut prosedur biasa dengan membuat rayuan.
Surat pemecatan akan menyusul tidak lama lagi, katanya.- MalaysiaGazette
Azmin dan Zuraida boleh lah dianggap orang yang merosakkan PKR dan PH dan memang patut dipecat.