Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut pada jam 8.53 pagi tadi.
Ada sumber-sumber yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu akan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada jam 9 pagi ini.
Beliau meninggalkan kediaman menaiki kereta Lexus hitam KCS 727 diiringi kereta pengiring.
Para pengamal media yang berkampung di hadapan kediaman Anwar tidak mendapat sebarang reaksi beliau.
Beliau sempat menurunkan cermin pintu belakang dan melambai tangan ke arah wartawan yang berkumpul di hadapan pintu masuk kediaman beliau seawal 7 pagi lagi bagi melaporkan perkembangan terkini.