Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam gerakan segerombolan pengkhianat yang cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan harapan (PH) di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Dr. Mahathir dalam pertemuannya di kediaman bekas Perdana Menteri itu di The Mines pagi tadi.