KUALA LUMPUR – Senario kekalutan dalam politik Malaysia segala-galanya bermula dalam Pakatan Harapan sendiri.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, apabila UMNO diberi bayangan 14/15 Ahli Parlimen PKR dan hampir semua 25 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hilang keyakinan kepada PH, bererti kerajaan gabungan itu runtuh.
Keruntuhan itu semuanya berpunca dari sifat takabbur, sombong dan rakus PH.
Segalanya berpunca dari sifat takabbur,sombong,dan rakus dlm PH itu sendiri.
“Usah salahkan orang lain. Jangan lupa,bukan mereka dalam kerajaan saja ada mandat rakyat. Bukan LGE,LKS,MS,KS,DSAI saja!!
“Kami pembangkang juga ada mandat.Kerajaan itu campuran..bukan mutlak mana mana parti!!,” kata Annuar yang memberi bayangan apa sebenarnya yang berlaku.
Menurutnya dalam situasi ini ada dua pilihan sama ada bubar Parlimen dan kedua bentuk kerajaan baru jika mandat mencukupi.
Beliau berkata, apabila formula PH runtuh bermakna tidak pintu depan atau belakang.
Katanya, UMNO pula ada pilihan sama ada membakar atau menghulur tangan.
“Kami harus fikir mana terbaik untuk rakyat.Pemimpin mahu terus sombong dan bercakaran atau kita stabilkan dan bekerja untuk rakyat. Kemudian kita kembali pada rakyat,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette