KUALA LUMPUR – Kemelut politik yang berlaku ketika ini berlaku kerana terdapat segelintir individu tidak senang dengan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang telah bersepakat untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas sidang APEC.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, tidak ada rakyat Malaysia yang waras fikirannya dapat menerima pengkhianat yang ingin menakluki kuasa melalui jalan yang sangat tidak demokratik.
Bagaimanapun, AMK menjunjung kasih dan keyakinan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan beliau mengendalikan kemelut politik ini.
AMK menyakini baginda cukup memahami aspirasi rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan dan sebarang usaha khianat untuk menafikan perkara ini perlu dihentikan.
Justeru bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri Malaysia ke-8 seperti yang telah disepakati Pakatan Harapan, AMK melancarkan Kempen “Teguh Setia Bersama DSAI” yang akan bermula hari ini sehingga selesai kemelut politik ini.
Kempen ini menyeru para anggota Parti Keadilan Rakyat, pendokong Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia untuk menukar gambar profil laman sosial masing-masing dengan logo kempen yang boleh didapati di laman Facebook rasmi Angkatan Muda Keadilan bersama tanda pagar (#)TeguhSetiaDSAI.
Kemuncak kepada kempen ini ialah pada 29 Februari 2020 iaitu AMK akan mengadakan Majlis Pelancaran Komuniti Muda bermula pada jam 7.30 malam bertempat di Pantai Batu Satu, Port Dickson, Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette
Ko tak pyh nk myalak lah amk..nyalakkn ko tu org tak lyan lh..yg lyn ko punya hnya lh puak2 pan, dap kafir harbi je…kami rakyat mmg tidak suka kpd bekas banduan , peliwat…dan mnusia yg gila kuasa..
#kamitolakanwarjadipm
PM tepi sampai habis penggal hingga PRU15.