KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mahu barisan baharu kabinet pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad kelak mesti bersih, cekap dan komited.
Presiden Ikatan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, mereka juga perlu berani menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Alhamdulillah, dalam parti-parti besar yang telah pun menyatakan sokongan mereka kepada Tun Mahathir, ternyata terdapat ramai pemimpin-pemimpin yang bersih, cekap dan berpengalaman yang dapat melonjakkan kejayaan kerajaan yang akan ditubuhkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Kadir seterusnya mengulangi sokongan partinya terhadap kepimpinan Mahathir.
“Dalam pada itu, kami ingin juga memohon kepada kerajaan baru yang akan ditubuh dan dipimpin oleh Mahathir akan meneruskan dengan penuh tegas, berani dan berkesan supaya najis rasuah dapat dijijikkan oleh rakyat dan dinyahkan dari bumi Malaysia selama-lamanya.
“Negara mana pun, bangsa mana pun, tidak akan berjaya jika tidak menjadikan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisma dan pembaziran wang rakyat sebagai musuh-musuh utamanya,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette
MABUK bukan alasan untuk MEMBUNUH!
Undang2 mesti dijunjung, itu yang utama, para PEMABUK yang sengaja MEMBUNUH orang2 awam WAJIB dijatuhkan hukuman maximum!