Home Politik PH dakwa miliki majoriti mudah bentuk kerajaan

PH dakwa miliki majoriti mudah bentuk kerajaan

Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) mendakwa memiliki sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu sekaligus dapat mengelak Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad memberitahu, walaupun angka yang diperolehi ketika ini tidak mencecah dua pertiga namun ia cukup untuk bekas Kerajaan Persekutuan itu membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.

“Tidak, kita tidak bincang mengenai PRU. Kenapa perlu bazirkan duit rakyat untuk mengadakan PRU sedangkan kita boleh dapat majoriti.

“Majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui pihak media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini.

Khalid menjelaskan PH telah membincangkan banyak isu dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Umum PH merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disifatkannya sebagai keputusan yang positif.

Bagaimanapun, beliau berkata PH tidak membincangkan tentang calon Perdana Menteri yang akan menerajui kerajaan baharu pakatan itu.

Mengulas sama ada mesyuarat itu membincangkan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khalid berkata, soalan itu perlu ditanya kepada parti tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub, berkata, parti itu bersama PKR dan DAP mencapai persetujuan bersama mengenai perkara yang akan dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Namun beliau enggan mendedahkan perkara yang dicapai sama ada calon Perdana Menteri bagi PH atau memilih untuk membubarkan Parlimen. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Diminta pihak pengurusan Sungei Buloh-Inn membuat persiapan rapi untuk menerima VIP2 sebagai tetamu. Dipercayai pakatan hancing 2.0 sudah pun mempunyai cukup bilangan majoriti.

    Dakwaan kekayaan luarbiasa akan menjadi fokus. Kerja2 akan menjadi lebih mudah kerana AG adalah orang mereka?

    Kah…kah…kah…

Comments are closed.