KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendedahkan syarat yang diletakkan oleh UMNO dan Pas untuk tidak melibatkan dalam kerajaan baru tidak dapat dipenuhi.
Berikutan itu, usaha pembentukan kerajaan baru bersama Muafakat Nasional tidak dapat diteruskan.
“Ya. Muafakat Nasional memang ada beri sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru selepas runtuhnya PH.
“Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.
“Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP. Namun, memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi maka usaha pembentukan kerajaan baru tidak dapat diteruskan lagi,” katanya melalui akaun Facebook beliau.
Oleh yang demikian, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Muafakat Nasional mahu mengembalikan mandat kepada rakyat.
“Kembalikan hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan.
“Kuasa di tangan RAKYAT! TOLAK PH2.0. BUBAR PARLIMEN!,” katanya.
Dalam kenyataannya itu, Najib mahu krisis itu ditamatkan dan cukup-cukuplah membawa cerita pintu belakang, pintu depan.
“Cukuplah krisis ini. Cukuplah cerita backdoor, front door.Rumah pun dah tiada.
“Nak berlanjutan sampai bila?,” soalnya kerana kekalutan yang berlaku ini jelas pemimpin PH berebut kuasa.
Akan tetapi, mereka menyalahkan orang lain.
“Tapi mereka salahkan orang lain? Salahkan UMNO dan PAS?,” soal beliau. – MalaysiaGazette