CARACAS – Sekumpulan lanun yang bersenjata membunuh kapten kapal tangki minyak yang menaiki kapal tersebut ketika ia berlabuh di pantai timur Venezuela, menurut pihak berkuasa pelabuhan Venezuela.
Enam orang bersenjata menyerang kapal tangki San Ramon pada pagi Isnin di Teluk Pozuelos dan menembak Kapten Jaime Herrera Orozco, yang merupakan rakyat Colombia.
Seorang pengawal pantai yang menjaga kapal itu juga cedera.
Jenayah ini telah menjadi masalah yang semakin meningkat bagi industri minyak Venezuela sejak krisis ekonomi enam tahun ini yang menyebabkan inflasi melampau dan kekurangan barangan asas.
Lanun pula mengambil kesempatan merompak peralatan dari telaga minyak di Maracaibo Lake di barat Venezuela. – MalaysiaGazette