Home Utama Agong perkenan Dewan Rakyat tentukan Perdana Menteri ke-8 – Tun M

Agong perkenan Dewan Rakyat tentukan Perdana Menteri ke-8 – Tun M

Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Dewan Rakyat menentukan siapakah yang paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, baginda mahu calon yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini.

“Yang di-Pertuan Agong mahu Dewan Rakyat yang menentukan siapakah yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sekiranya, Dewan Rakyat gagal menentukan siapakah yang mendapat sokongan majoriti maka pilihan raya akan diadakan,” katanya semasa sidang media selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di sini hari ini.

Dr. Mahathir menjawab soalan mengenai apakah yang dibincangkan olehnya bersama Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan di Istana Negara pagi tadi.

Tambahnya, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan temubual dengan semua Ahli Parlimen, bagaimanapun sesi dua hari itu gagal menentukan sokongan majoriti kepada calon Perdana Menteri.

Maka, keputusan terbaik menurut Yang di-Pertuan Agong penentuan melalui Parlimen, katanya. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Kalau gini gayanya inn sya Allah PRU15 akan diadakan to elect new government… Semoga Allah SWT pelihara Tanah Melayu… Aaminn

  2. Di Dewan Rakyat barulah Mahathir tahu langit itu tinggi dan pembohongan serta trick kuno serta berpura2 tidak laku. Sibuklah Mahkamah kelak semuga penjenayah lama ini bernyawa untuk berhadapan peguam pendakwaan.

  3. MN, Bersatu, GPS, Warisan dan Azmin & Co – gabungan parti2 yang hampir sempurna!

    Lupakan seketika perbalahan lalu, ianya hanyalah politik, apa tunggu lagi!

  4. mahathir bukanya agong..agong belum buat apa2 keputusan pun..
    ni pandai2 si saka ni gunakan nama agong..

  5. Ehhhh kenapa Agong tak umumkan? Padahal esok baru nak mesyuarat Majlis Raja2 Melayu…Mahathir ni sape? Penyimpan Mohor Besar Raja2 ka? Dato Pengelola Istana ka?? Setiausaha Sulit Agong ka??? Bengong punya orang tua ni

  6. Majlis Raja2 perlu tunjukkan kepada rakyat yang mereka adalah kuasa tertinggi negara. Ia akan menjadi sejarah penting negara dan akan menjadi rujukkan pada masa hadapan!

  7. Klau dah gitu buat apa panggil mp interbiew. Buang masa dan duit rakyat. Lebih baik tunggu undi dewan rakyat tak perlu rakyat rasa risau. Atuk tolol.

Comments are closed.