Home Nasional Jakim anjur solat hajat hari ini

Jakim anjur solat hajat hari ini

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa agar keadaan politik negara stabil serta keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini kekal.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari iniĀ akan diadakan di Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Jakim juga memohon kerjasama semua masjid di bawah jabatan dan majlis agama Islam negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa, katanya. – MalaysiaGazette