LAHORE – Mayat seorang remaja lelaki yang hilang ditemui di dalam sebuah kandang singa di sebuah zoo di sini.
Penemuan itu sehari selepas kehilangannya.
Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana Muhammad Bilal, 17, boleh melepasi kandang tersebut dan punca kematiannya.
Lahore Safari ditubuhkan pada tahun 1982 adalah taman haiwan terbesar di Pakistan.
Saudara mangsa berkata, Muhammad meninggalkan rumah untuk memotong rumput bagi makanan lembu.
“Kami kemudian menyedari beliau lambat pulang dan mencarinya bimbang sesuatu bahaya berlaku ke atasnya,” katanya.
Chaudhry Shafqat, seorang pengarah di zoo berkenaan memberitahu penduduk kampung ada datang ke zoo berkenaan pada malam Selasa, meminta supaya mencari mangsa.
Tetapi, pihak zoo memaklumkan waktu sudah terlalu lewat dan mendatangkan bahaya jika menjalankan operasi pada waktu gelap.
Semasa operasi pencarian dijalankan pada keesokan harinya. kakitangan zoo menemui tengkorak berdarah, serpihan tulang dan baju koyak.
Baju itu didakwa dipakai oleh Muhammad. – MalaysiaGazette