KUALA LUMPUR – MCA tidak bersetuju sistem Westminster yang sekian lama dilaksanakan di negara berubah menjadi sistem Presiden sebuah republik yang mempunyai kuasa mutlak untuk melantik individu menyertai Jemaah Menteri tanpa melalui parti komponen.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sistem yang dicadangkan itu tidak menjamin kepada kesuburan demokrasi yang telah dipraktikkan sejak sekian lama serta ia juga berupaya melenyapkan proses semak dan imbang terhadap kerajaan pemerintah.
“Saya enggan melihat sistem demokrasi di Malaysia berkembang sehingga tiada lagi peranan pembangkang apabila PM disokong penuh oleh kesemua 222 orang Ahli Parlimen. Apakah ini sebuah demokrasi subur yang kita mahu lihat?
“Apabila PM disokong oleh semua Ahli Parlimen, maka kuasa mutlak diberi kepada PM untuk membuat apa saja dengan slogan “ikut suka saya”.
“Maka, saya lebih rela menjadi pembangkang untuk memberi “semak dan imbang” kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Ka Siong berkata, biarlah rakyat menentukan atau memberi mandat kepada sesiapa yang diyakini mampu untuk mengemudi negara yang terumbang-ambing selepas kegagalan pentadbiran serta tumbangnya PH angkara perbuatan mereka sendiri.
Katanya, keputusan yang diambil ini juga selari dengan hasil Mesyuarat Majlis Presiden MCA, beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong iaitu sebulat suara bersetuju menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan siapa pucuk pimpinan negara menerusi pembubaran Parlimen.
Meskipun begitu, MCA yakin, sebarang keputusan yang bakal dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong wajar dipatuhi oleh semua rakyat dan pastinya keputusan itu dibuat demi kepentingan negara secara menyeluruh. – MalaysiaGazette
itu cadangan mahadir sebab ramai sangat sukakan dia.terus jadi pm. sedangkan berapa kali dia cakap.dia dah tua. tak larat dah nak merintah. tapi kaum munafik itu tetap juga suruh. padahal tidak ikhlas pun. nak buat tempat berlindung je
Barua najib penyamun jeles bila rakyat beri kepercayaan pada tun untuk memerintah malaysia… Tu la rakyat dah bagitau awal2 kat najib… Jangan menyamun harta rakyat.
. Nanti rakyat menyampah… Tapi najib penyamun tak nak jugak dengar suara hati rakyat… Sekarang bila dah rakyat menyampah terima je lah kebencian dari rakyat tu..
Lee, mabok kesom atau todi..