KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Amir kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Ketika disoal mengapa beliau enggan ditemuramah oleh pasukan pembelaan bagi menyediakan keterangan saksi, Mohd Nasharudin seolah-solah berfikir sejenak sebelum menjawab.
Saksi pembelaan ke-9 perbicaraan SRC International Sdn Bhd itu juga tidak begitu yakin menjawab dengan nada suara yang perlahan.
Malah pada satu masa, saksi hanya mendiamkan diri begitu lama di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ini menyebabkan Shafee mengemukakan cadangan kepada Mohd Nasharudin supaya bertenang dan jika tidak keberatan pihaknya boleh bercakap dengannya terlebih dahulu ketika makan tengah hari sebelum menyambung prosiding.
Bagaimanapun cadangan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram yang merasakan Shafee.
Shafee: Kamu ok? Mengapa kamu menjawab seperti dalam keadaan tertekan? Tidak perlu takut. Boleh sahaja soalan perlahan-lahan. Tiada masalah.
Nasharudin: Baiklah.
Shafee: Jika kamu mahu, ketika ‘break’ makan tengahri kita boleh bercakap dahulu. Kamu boleh perlahan-lahan menjawab kami.
Nasharudin: Err, saya tidak mahu.
Shafee: Mengapa dari awal kamu enggan ditemuramah? Ada masalah? Ada sesiapa tekan kamu? Jangan takut.
Nasharudin: Tidak ada. Saya tidak mahu ditemuramah. Itu sahaja.
Shafee: Boleh jelaskan mengapa kamu tidak mahu?
Sithambaram: Itu hak dia Yang Arif. Terpulang kepadanya untuk tidak mahu beri penjelasan mengapa tidak mahu ditemuramah. Saya rasa kita tidak perlulah asyik tanya.
Shafee: Saya hanya mahu tahu. Ini juga satu kepentingan dalam kes ini. Kita cuma hendak tahu mengapa tidak mahu ditemuramah terlebih dahulu.
Nasharudin: (Diam seketika, kemudian secara nada perlahan beliau berkata) Saya sebenarnya bukanlah penyiasat yang menyiasat kes SRC International. Jadi saya fikir tidak perlulah untuk temuramah saya.
Shafee: Kamu tahu, apa sahaja jawapan kamu sama ada ianya relevan untuk kes ini atau sebaliknya akan ditentukan oleh mahkamah bukannya kamu. Bagaimana kamu tahu jawapan kamu tidak relevan?
Nasharudin terdiam.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah bagi menemubual Mohd Nasharudin sebelum dipanggil memberikan keterangan.
Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas mendapati kes pembelaan tidak akan terjejas seandainya Mohd Nasharudin iaitu yang menyiasat kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ditemubual peguam bela.
Mohd Nazlan dalam penghakimannya berkata, Mohd Nasharudin bukan seorang daripada saksi bagi pihak pendakwaan ataupun saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan kepada pihak pembelaan.
Pihak pembelaan memohon perintah mahkamah untuk menemubual Mohd Nasharudin sebelum pegawai SPRM itu memberikan keterangan sebagai saksinya berikutan beliau (Nasharudin) enggan ditemubual sebelum ini.
Dalam pada itu, Mohd Nasharudin juga membuat pengakuan serta pendedahan bahawa sememangnya ada wakil perundangan kepada Putera Arab dikenali sebagai Abdullah al-Koman membuat pengesahan ke atas empat surat tentang derma RM2.6 bilion kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Soal Shafee tentang keterangan yang diberikan oleh seorang wakil perundangan kepada Putera Saud Abdul Aziz Malik Abdul Aziz al-Saud di istana raja Arab Saudi ketika itu, Raja Abullah di Riyadh, pada 7 petang 29 November 2015.
Prosiding penyewelengan dana bernilai RM42 juta sana sSRC International yang dihadapi Najib masuk hari ke-84. –MalaysiaGazette