Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menziarahi jenazah anak sulung kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Huda, yang meninggal dunia di Rawang semalam.
Beliau yang ditemani anaknya, Nurul Nuha Anwar, meninggalkan kediamannya pada pukul 9:15 pagi dengan menaiki kenderaan Velfire.
“Ustaz Fadzil Noor merupakan teman suami saya yang begitu akrab sekali dan beliau telah meninggalkan kita sudah lama dan sekarang anaknya yang sulung Huda.
“Akan solat jenazah hari ini, InsyaAllah,” katanya kepada media.