PUTRAJAYA- Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Dewan Rakyat yang menentukan siapakah yang paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, baginda mahu calon yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dengan itu, sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini.
“Yang di-Pertuan Agong mahu Dewan Rakyat yang menentukan siapakah yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.