Home Nasional Anwar perolehi percalonan terbesar, dakwa Majlis Presiden PH

Anwar perolehi percalonan terbesar, dakwa Majlis Presiden PH

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai mendapat jumlah pencalonan terbanyak dalam kalangan ahli-ahli Parlimen menerusi proses temubual yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) baru-baru ini, dakwa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Berikutan itu, PH percaya Presiden PKR itu perlu diberi peluang menghadap YDPA sekali lagi demi memberi keyakinan terhadap jumlah sokongan yang diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Majlis Presiden percaya bahawa calon Pakatan Harapan, iaitu Anwar, telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, YDPA masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Dalam pada itu Majlis Presiden PH juga percaya kebijaksanaan YDPA untuk menyelesaikan proses mencari Perdana Menteri yang baharu.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan menyambut baik kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil bin Shamsuddin hari ini, serta menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri.

“Majlis Presiden meletakkan kepercayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan Perdana Menteri,” tambah kenyataan itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Benar cAnwar dpt pencalonan tertinggi ttp tidak lepas syarat dlm perlembagaan Malaysia yakni perlu memperolehi sokongan 112 atau dan lebih, ini bukan memilih undi kisah filem Jack Sparrow atau undi PKR walau menang satu pun dikira adalah pemenang majoriti, ini undi ahli parlimen. yg telah ada syaratnya.. Kenapa bengap dan bodoh sangat ahli majlis PH ni? Adakah Mahater lari disebabkan PH yg tinggal hanya tidak cerdik?

Comments are closed.