KUALA LUMPUR – Ketika hubungan masih baik, semuanya indah.
Gurau-senda dan semangat perjuangan berapi-api ketika berada di pentas kempen namun apabila hubungan mula tegang, pelbagai kenyataan kurang enak didengar.
DAP dalam satu ciapan di Twitter hari ini menggelarkan lima bekas rakan seperjuangan mereka dalam Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin dan Baru Bian sebagai anasir daulah terpendam.
Parti yang masih setia dengan perjuangan Pakatan Harapan itu juga meminta semua kerajaan agar berhati-hati dengan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bekas Menteri Luar dan bekas Menteri Kerja Raya itu kerana didakwa boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan.
“Pengajaran kepada semua kerajaan agar berhati-hati dengan anasir ‘deep state’ yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan. #KhianatMandat #KhianatRakyat #PengkhianatDemokrasi,” katanya sambil memuat naik sekeping poster yang meamaprkan gambar kelima-lima ahli Parlimen itu.
Dakwaan yang sama turut diciap oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
“Anasir ‘daulah terpendam’ telah wujud dalam setiap mesyuarat Kabinet sejak Mei 2018. Akhirnya ia menjelaskan mengapa perubahan tidak berlaku walau bagaimana bersungguh-sungguhnya kami perjuangkan,” katanya.
Sama ada betul kelima-lima bekas menteri kabinet itu menggerakkan anasir daulah terpendam atau tidak, kerajaan Pakatan Harapan tumbang secara rasminya apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak meninggalkan gabungan parti yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum ke-14 itu.
Azmin dan Zuraida dipecat daripada PKR manakala Saifuddin pula meninggal parti itu. -MalaysiaGazette
Memang sudah lama diketahui melalui unit risikan swasta akan cita2 Muhyiddin ingin menjadi PM dan Azmin menjadi TPM. Cita2 Azmin bukan berhenti setakat disitu saja malah mahu menjadi PM. Alasan utk Dr Mahathir sehingga tamat penggal adalah lakonan semata-mata, segala peristiwa yg berlaku skrg ini adalah perancangan strategik ketiga tiga pemimpin terlibat, letak jawatan PM semua nya utk menyembunyikan kerakusan dan ketaksuban utk berkuasa ,yg paling malang adalah Muhyidin yg tak berapa sihat dan kami yakin Azmin akan mengambil alih kuasa PM dlm masa setahun atau kurang kerana mereka yg kenal Azmn tidak akan terkejut dgn tindakan2 nya selepas ini.Nanti dan lihat saja apa akan berlaku Azmin dan konco-konconya memang telah tersedia lima contigency plan utk berkuasa. Memandangkan ia tidak mencemarkan, menghuru-harakan atau menggerakkan rusuhan kami berpendapat biarlah mereka bebas melakukan dr sudut politik dan tiada kompromi jika berlaku pembunuhan dlm mengejar kuasa, ingat Azmin dan konco-konconya yg telah menghampiri kejayaan anda berada di bawah radar kami. BN in