Home Ekonomi Harga RON97 naik 2 sen

Harga RON97 naik 2 sen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk menambah baik peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menangani isu ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi (RON95) kepada pemandu kenderaan asing.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.40 seliter bagi tempoh 29 Februari hingga 6 Mac.

Harga runcit petrol RON95 kekal pula pada paras RM2.08 seliter dan diesel turun sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.13 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, dengan pengekalan harga runcit produk petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter, anggaran tanggungan subsidi Kerajaan bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020 adalah berjumlah RM6.12 juta. – MalaysiaGazette