JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor berusia 61 tahun itu dilantik selepas gabungan BN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada parti Bersatu selepas gabungan baharu itu dibentuk.
Hasni yang berasal dari Pontian berkelulusan
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti Of Missouri, Rolla Amerika Syarikat.
Beliau yang m pernah menjadi Ahli Parlimen Pontian merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan juga Ketua UMNO Bahagian Pontian. – MalaysiaGazette.
Apabila telah dipilih sebagai MB maka mulakan khidmat utk rakyat jgn terbawa-bawa dgn perangai segelintir pemimpin yg asyik pandang belakang hingga terlupa ada lubang besar dihadapan yg perlu ditutup..