KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.
Sehubungan itu, Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan dengan keputusan yang telah diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, 2 Mac 2020.
Yang di-Pertuan Agong akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Baginda juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak terlibat dalam proses temu bual yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa lalu. – MalaysiaGazette
Disaat2 getir Raja2 Melayu namapaknya bersatu hati dengan tidak menghantar wakil mereka keistana negara untuk bersidang! Hampir kesemua hadir bermusyuarah perihal perkara besar negara. Ianya amat membanggakan!
Contoh yang sama patut diambil oleh parti2 MN, Bersatu, GPS, Warisan dan Azmin & Gang untuk bersatu hati demi memacu negara kearah yang gemilang. Perikatan atau apa2 pun nama diberi ini kalaulah wujud nampak lebih stabil dan diyakini!