Home Dunia Jumlah positif Covid-19 di Korea Selatan terus bertambah

Jumlah positif Covid-19 di Korea Selatan terus bertambah

Kawasan lokasi wabak Covid-19 di Korea Selatan.

SEOUL – Korea Selatan melaporkan sebanyak 256 kes koronavirus baru, menjadikan jumlah jangkitan melonjak kepada 2,022, kata Pusat Kawalan Wabak Korea (KCDC).

Daripada jumlah kes baru, 182 berlaku di Daegu, lokasi punca wabak di Korea Selatan.

Jumlah kematian pula sebanyak 13, tidak berubah daripada angka sehari sebelumnya.

Penularan wabak itu memaksa Kumpulan BTS Korea Selatan menunda konsert pada April ini, menurut syarikat Big Hit Entertainment.

BTS dijadualkan mengadakan konsert pada 11,12, 18 dan 19 di Stadium Olimpik Seoul.

Korea Air Lines pula akan mengambil suhu semua penumpang bagi penerbangan ke Amerika Syarikat dan penumpang yang mempunyai suhu melepasi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Langkah itu dibuat selepas seorang anak kapal disahkan positif koronavirus Selasa lalu, menyebabkan syarikat itu menutup pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang menjadi lokasi taklimat dihadiri oleh kru kabin tersebut. – MalaysiaGazette